Bekas Pertahanan Selangor, Jordan Ayimbila Menyinar Di Amerika Syarikat
Dunia
IG jordan_ayimbila3
Advertisements

Bekas pemain pertahanan Selangor FC, Jordan Ayimbila telah menunjukkan aksi terbaik di Amerika Syarikat dengan berjaya menjaringkan gol sulung beliau di sana.

Pemain muda berusia 21 tahun dari Ghana ini merupakan tonggak utama pasukan Selangor pada musim lepas sebelum dipancing oleh kelab San Antonio FC yang beraksi dalam saingan USL Championship iaitu liga divisyen kedua dalam hirarki liga bola sepak Amerika Syarikat.

Gol sulung Ayimbila terhasil dalam perlawanan ke-8 kelabnya yang menemukan, San Antonio dan pasukan di tangga tercorot, Monterey Bay. Segalanya bermula dari sepakan sudut rakan sepasukannya yang mudah ditanduk Ayimbila untuk gol keenam dalam perlawanan tersebut.

Advertisements

San Antonio menang besar dalam perlawanan tersebut dengan keputusan 6-0 menewaskan Monterey Bay. Setakat ini, Ayimbila sudah diturunkan sebanyak 4 kali dan berjaya menjaringkan satu gol untuk pasukannya.

Ayimbila merupakan pemain dari kelab Ghana, Accra Lions dan dipinjamkan ke San Antonio untuk mengharungi musim 2022. Beliau sebelum ini menyarung jersi Selangor musim lalu juga dengan berstatus pinjaman. Ayimbila bermula beraksi dengan Selangor 2 namun disebabkan aksi yang memberangsangkan, beliau dinaikkan ke skuad utama Selangor sehingga ke penghujung musim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram