Advertising
Jordan Ayimbila Tinggalkan Selangor
MakanBola
Selangor FC

Pemain pertahanan import pasukan Selangor II, Jordan Ayimbila secara rasminya telah meninggalkan pasukan gergasi Merah Kuning bagi musim baharu ini.

Pertahanan berusia 21 tahun ini dilaporkan sudah pun mencapai persetujuan untuk mewakili pasukan baharu pada musim hadapan.

Ad

Beliau yang juga merupakan warga kelahiran Ghana mempamerkan aksi yang cukup cemerlang dan juga menjadi watak penting pasukan Selangor sama ada di Liga Premier dan juga Liga Super.

Ad

Menurut laporan oleh wartawan, T. Avineshwaran, bekas pertahanan Accra Lions ini bakal mewakili pasukan San Antonio FC bagi meneruskan kariernya.

Pasukan yang beraksi di kejohanan USL, Amerika Syarikat ini menjadi destinasi baharu sekaligus menyebabkan pasukan Selangor terpaksa melupakan khidmatnya pada musim hadapan.

Ad

Bukan itu sahaja, sebelum ini, jurulatih pasukan Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyatakan kegusaran beliau apabila barisan pertahanan pasuka dilihat sangat mudah ditembusi.

Ad

Kehilangan pemain ini pastinya dirasai tatkala kemampuan beliau untuk beraksi sama ada di posisi pertahanan kiri dan juga pertahanan tengah menjadi tunjang buat pasukan sebelum ini.

Ad