Jordan Mintah Semakin Panas Di Pasaran Perpindahan
Dunia
officialterengganufc
Advertisements

Tatkala Jordan Mintah hangat dikaitkan isu perpindahan pintu belakang. Kontroversi yang melanda tidak mematahkan semangat beliau untuk mempamerkan aksi yang memukau dalam tiga perlawanan baru-baru ini.

Bagaimanapun, menurut Pengendali Terengganu FC II (TFC II), Badrul Afzan Razali menjelaskan pada awal musim prestasi agak sedikit perlahan. Akan tetapi beliau lihat selepas tiga perlawanan terkahir liga corak permainan penyerang berubah dan semakin meningkat.

Dalam pada itu, bekas pemain tengah Terengganu berusia 46 tahun itu mengingatkan pemain agar tidak cepat berpuas hati sebaliknya terus berusaha dalam misi memburu kedudukan lebih baik dalam kelompok teratas Liga Perdana.

Advertisements

“Kita bermula dengan aksi sedikit perlahan pada awal musim dengan barisan penyudah diketuai penyerang kelahiran Ghana, Jordan Mintah dilihat tumpul walaupun bergelar penjaring terbanyak Liga Perdana musim lalu dengan meledak 16 gol.”

“Namun selepas tiga perlawanan terakhir liga, naluri pemusnah dipamerkan penyerang dilihat semakin meningkat dengan aksi memukau bukan sahaja menerusi Mintah tapi juga pemain lain yang berupaya menjaringkan gol.”

“Justeru saya meletakkan harapan tinggi agar mereka mampu meneruskan momentum terbaik pada aksi pusingan kedua nanti dalam misi mengintai kelompok atasan liga biarpun sedar pencabar lain juga impikan impian sama,” katanya kepada Harian Metro.

Advertisements

Pemain kelahiran Ghana itu kini beraksi skuad Terengganu II dalam saingan Liga Premier dan tampil cemerlang dengan mengumpul 26 jaringan dalam 28 perlawanan sepanjang musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram