Jordi Amat Akui JDT Salah Satu Destinasi Pilihan
Dunia
SF Edit
Advertisements

Pemain naturalisasi Indonesia, Jordi Amat mengakui Johor Darul Ta’zim (JDT) merupakan salah sebuah kelab pilihan untuk beliau meneruskan karier sebagai pemain bola sepak.

Dalam satu temu bual di Indonesia, Jordi menjelaskan beliau turut menerima tawaran daripada beberapa buah kelab lain selain JDT. Antaranya kelab dari Sepanyol dan juga Jepun. 

“JDT itu salah satu pilihan. Saya juga mendapat tawaran untuk sertai beberapa kelab di Jepun dan Sepanyol,” ujar Jordi usai latihan bersama kem kebangsaan Indonesia di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.

Advertisements

Dalam pada itu, Jordi Amat turut mengharapkan keputusan yang bakal dibuatnya adalah tepat dan dapat diterima ramai pihak

“Saya berharap, apa jua keputusan saya nanti merupakan keputusan yang terbaik,” kata Jordi seperti yang dipetik daripada Suara.Com.

Kontrak Jordi Amat bersama kelab KAS Eupen bakal berakhir pada 30 Jun 2022. Kini desas desus yang mengaitkan pemain yang pernah berpangkalan di Eropah itu semakin kuat ke Johor Darul Ta’zim.

Advertisements

Beberapa media tempatan dan Indonesia sebelum ini turut memaklumkan bahawa Jordi Amat menyatakan minat untuk meneruskan cabaran ke Liga Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram