Jorn Andersen Bengang Pemain Tolak Panggilan Skuad Kebangsaan Hong Kong
Dunia
Hong Kong FA
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Hong Kong, Jorn Andersen merasa dukacita dengan tindakan beberapa pemain Hong Kong yang menolak panggilan mewakili pasukan kebangsaan menjelang Kelayakan Piala Asia 2023.

Dengan kekurangan pemain lebih-lebih lagi di posisi pertahanan, ianya menambahkan lagi kegusaran pengendali dari Norway itu dalam membawa Hong Kong melayari aksi kelayakan Piala Asia 2023 yang diadakan di India.

“Apabila sesetengah pemain tidak mahu bermain untuk pasukan kebangsaan sekarang, sakit kepala saya menjadi lebih parah,” katanya.

Advertisements

“Masalah terbesar sekarang bukanlah di posisi penyerang, tetapi di posisi pertahanan. Kami tidak mempunyai ramai pemain pertahanan di Hong Kong. Tiga pemain pertahanan dari [kelab tanah besar China], dan Helio [Goncalves, dari Kitchee], tidak mahu bermain. Lebih kurang empat pemain pertahanan terbaik kami tidak mahu bermain untuk Hong Kong dalam pasukan kebangsaan ini, jadi itu yang menambahkan pening kepala saya.” jelas Jorn Andersen kepada SCMP.

Ketika ditanya mengenai masalah ketajaman pemain di posisi penyerang, Jorn menjelaskan bahawa di Hong Kong sememangnya ketandusan penyerang berkualiti.

“Benar, kami tidak mempunyai begitu ramai penyerang yang bagus di Hong Kong. Itulah yang merunsingkan saya. Saya mempunyai idea saya dan saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk berhadapan situasi itu,” katanya lagi.

Advertisements

Hong Kong akan berlepas ke India untuk melalui aksi Kelayakan Piala Asia 2023. Mereka diletakkan dalam kumpulan D bersama-sama Afghanistan, Kemboja dan pasukan tuan rumah, India selaku tuan rumah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram