Jorn Andersen Terkejut Dengan Intensiti Pemain Malaysia
Dunia
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Ketua jurulatih Hong Kong, Jorn Andersen akui skuad Malaysia kali ini tampil berbeza dengan corak permainan yang lebih baik dan berintensiti tinggi

Ketika sesi sidang media pasca perlawanan, Jorn menjelaskan bahawa Malaysia bermain dengan cukup baik sementara Hong Kong sukar untuk menyesuaikan diri ketika di atas padang.

“Saya terkejut, Malaysia adalah sebuah pasukan yang baik. Mereka bermain dengan intensiti tinggi dan kami tidak biasa pada awalnya.”

Advertisements

“Kami mengambil masa yang agak lama dalam menyesuaikan diri. Para pemain saya juga dilihat ada masalah untuk sesuaikan diri di atas padang dan perancangan taktikal kurang menjadi.”

Dalam pada itu, jurulatih dari Norway ini menganggap perlawanan semalam merupakan medan terbaik untuk beliau menguji para pemain. Beliau turut mengharapkan para pemain di bawah kendaliannya dapat mempelajari sesuatu selepas tewas berdepan Malaysia.

“Akan tetapi saya tak mahu berfikiran negatif. Bagi saya ia adalah ujian yang baik. Saya berharap para pemain dapat mempelajari sesuatu daripada perlawanan ini,” ujar Jorn Anderson.

Advertisements

Malaysia berjaya meraih keputusan positif dalam siri persahabatan kali ini. Ledakan Safawi Rasid dan Safiq Rahim memastikan Malaysia menang bergaya ke atas Hong Kong, 2-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram