Junior Eldstal Tinggalkan Chonburi FC
Dunia
Junior Eldstal
Advertisements

Pemain pertahanan Chonburi FC, Junior Eldstal telah pun mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan pasukan yang berpangkalan di Thailand itu.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Instagramnya, pemain berusia 31 tahun ini ingin membawa haluan baru dalam perjalanan kariernya.

Beliau menjadi watak penting buat pasukan kendalian S. Pobprasaet itu sejak dari musim lalu apabila seringkali berada dalam kesebelasan utama pasukan.

Advertisements

Fleksibiliti dan kemampuan Junior untuk beraksi pada pelbagai posisi pertahanan dalam sistem yang berlainan telah memberi kelebihan buatnya untuk menjadi pilihan utama.

Pemain yang pernah menyarung jersi JDT ini baru sahaja pulih daripada kecederaan telah beraksi sebanyak 20 perlawanan setakat ini.

Beliau juga turut berjaya menjaringkan satu gol dan membawa pasukan untuk menduduki tangga ke-7 Liga 1 Thai pada musim ini.

Advertisements

Kontrak Junior juga tamat pada awal bulan Jun ini sekaligus menimbulkan tanda tanya ke mana beliau akan membawa diri bagi fasa berikutnya.

Pemain kelahiran England-Malaysia ini sedang menjalani latihan pusat bersama Harimau Malaya untuk menghadapi Kelayakan Piala Asia Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram