Asia

Jurulatih Al-Nassr Pertahan Tindakan Sadio Mane

Mane Al Nassr FC 1 Jurulatih Al-Nassr Pertahan Tindakan Sadio Mane
Al-Nassr FC

Jurulatih Al-Nassr, Ange Postecoglou mempertahankan tindakan bekas bintang Liverpool, Sadio Mane yang memilih menyambut kelahiran anak keduanya daripada beraksi bersama pasukan itu.

Advertisement

Kelibat bintang Senegal itu tidak kelihatan dalam aksi terbaru Saudi Pro League (SPL) antara Al-Nassr dan juara Asia dua kali, Al-Ahli. Ketiadaan Mane cukup dirasai apabila Al-Nassr tewas 3-1.

Pada awalnya, bekas juara liga musim lalu itu mendahului menerusi Cristiano Ronaldo. Walau bagaimanapun, Al-Ahli bangkit meraih kemenangan menerusi tiga gol yang disumbangkan Galeno, Ivan Toney dan Roger Ibanez.

Apabila seorang wartawan mempersoalkan ketiadaan Mane, Postecoglou kemudiannya mengajukan soalan ini kepada wartawan itu, “Adakah anda seorang bapa? Adakah anda memiliki anak-anak?”

Wartawan itu kemudiannya memberi jawapan ringkas tidak kepada soalan itu. Postecoglou memaklumkan kelahiran bayi merupakan antara perkara paling penting di dunia dan Mane juga sudah mendapat keizinan beliau.

“Mungkin sebab itu anda bertanya soalan itu. Kerana apabila anda berbuat demikian, anda akan menyedari bahawa ia adalah perkara yang paling penting, rahmat terbesar yang boleh anda perolehi.

“(Mane) bersama isterinya semasa dia sedang mengandung, baik? Tiada apa yang lebih penting dalam hidup. Ya, beliau mendapat keizinan dan restu saya dan Sadio Mane antara pemain terbaik di dunia.

“Jangan persoal beliau atau komitmen beliau terhadap kelab bola sepak ini,” katanya seperti dilaporkan Talksport.

Al-Nassr berharap dapat bangkit dalam aksi terbaru Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menentang Al-Sadd pada 25 November ini.

Percuma untuk pembacaTnG Money Packet PercumaMenyemak Money Packet...
--baki
Memuatkan...