Jurulatih Ansan Greeners Kecewa Dengan Asnawi Mangkualam
Dunia
Asnan Greeners
Advertisements

Pengendali Ansan Greeners FC, Jo Min-guk telah meluahkan rasa kecewa dengan prestasi semasa kapten pasukan kebangsaan Indonesia, Ansawi Mangkualam.

Asnawi yang kini beraksi di K-League 2 meminta agar jurulatihnya itu mengekalkan beliau bermain di posisi asalnya iaitu bek kanan. Hal ini kerana, sebelum ini Jo Min-guk berpendapat untuk meletakkan Asnawi bermain di bahagian serangan.

“Asnawi telah menunjukkan prestasi yang baik ketika bermain di posisi bek kanan bersama skuad Indonesia tempoh hari. Jadi sebagai seorang jurulatih, saya wajar memberikan ruang untuk beliau bermain di posisi tersebut,” ujar Jo Min-guk kepada Sport-G.

Advertisements

“Akan tetapi aksinya berbeza pula ketika bersama Ansan Greeners. Pasukan lawan sudah berjaya menghidu kelemahan serta kelebihan Asnawi. Oleh itu, beliau perlu buat ‘homework’, cari dan lihat kesilapannya-kesilapannya untuk perbaiki prestasinya pada masa akan datang.”

Mengulas lanjut berkenaan prestasi Asnawi ketika perlawanan Ansan Greeners menentang Gwangju FC pada Sabtu lepas, Jo Min-guk mengakui bahawa beliau amat kecewa dengan tahap kecergasan Asnawi.

Menurut Jo Min-guk, sebagai seorang pemain yang berpengalaman, beliau seharusnya mampu mengawal pernafasan dengan baik.

Advertisements

“Beliau dilihat kehabisan nafas dan hilang keseimbangan. Jika anda seorang pemain yang berpengalaman, anda sepatutnya mampu bernafas dengan normal ketika diturunkan di atas padang.”

“Akan tetapi pada awal lagi Asnawi kelihatan agak tidak selesa, saya akhirnya ambil keputusan untuk terus menggantikannya,” tegas Jo Min-guk.

Dalam perlawanan Sabtu lepas, Asnawi hanya bermain kira-kira selama 25 minit sahaja sebelum beliau digantikan. Untuk rekod, pasukan Ansan Greeners kini menduduki tangga ke-11 K-League 2 selepas lima perlawanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram