Jurulatih Buriram United Terpesona Dengan Kualiti Dion Cools
Asia Tenggara
Buriram United
Advertisements

Ketua jurulatih Buriram United, Masatada Ishii memuji impak yang dibawa oleh pemain Malaysia, Dion Cools bersama pasukannya musim ini.

Pemain berusia 26 tahun itu memiliki pengalaman yang cukup luas di pentas bola sepak Eropah termasuklah beraksi bersama beberapa buah kelab ternama di sana.

Bekas bintang Club Brugge itu bagaimanapun membuat keputusan untuk berkelana di Asia dengan Buriram United menjadi destinasi terbaiknya sungguhpun dikaitkan dengan perpindahan ke Malaysia pada awalnya.

Advertisements

Cools yang menyertai Buriram United pada perpindahan Januari tahun ini terus menjadi pilihan utama untuk mengemudi benteng pertahanan pasukan selain turut dinobatkan pemain terbaik bulanan di sana

Menerusi satu kenyataan oleh pengendali kelab, pemain kelahiran Sarawak ini sememangnya berada dalam kelas tersendiri dengan kualitinya memberi nilai tambah yang cukup bermakna buat pasukan.

“Seperti semua orang dapat lihat dan fikir, Dion Cools, beliau sememangnya seorang pemain yang hebat,” jelasnya kepada SNE Sports.

Advertisements

Impak luar biasa Cools menyaksikan beliau beraksi dalam 20 perlawanan di Thailand dan membantu Buriram menjulang dua trofi setakat ini.

Beliau berpeluang menambah koleksi kejuaraan apabila pasukannya bakal berdepan Bangkok United dalam aksi final Piala FA hujung bulan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram