Jurulatih Jeonnam Dragons Akui Terpikat Dengan Ciri Unik Asnawi Mangkualam
Dunia
K League
Advertisements

Bagi penyerang yang pernah berdepan Asnawi Mangkualam, mereka tahu bek kanan Indonesia itu amat pantas setiap kali merantai pergerakan lawan. Atas sebab ini juga, jurulatih Jeonnam Dragons, Lee Jang-kwan menyakinkan kelabnya untuk mendapatkan Asnawi dari Ansan Greeners.

Asnawi menyertai Jeonnam dengan kontrak semusim selepas meninggalkan Ansan. Dengan kepantasan yang dimilikinya, ia amat sesuai dengan corak permainan yang cuba diterapkan Jang-kwan di kelab berkenaan.

“Saya gembira Asnawi telah menyertai kami. Dia merupakan seorang pemain yang pantas dan mempunyai kemahiran teknikal yang baik.

Advertisements

“Saya berharap dia boleh menyesuaikan diri dengan baik bersama pasukan dan menunjukkan prestasi yang bagus,” katanya.

Menariknya, Jang-kwan turut merujuk kepada jurulatih Timnas Indonesia, Shin Tae-yong. Ini bagi mengetahui keperibadian bekas pemain PSM Makassar itu sebelum memberi lampu hijau kepada perpindahan Asnawi.

“Saya yakin Asnawi amat berguna sebagai pemain pertahanan pasukan kami. Saya pernah bercakap dengan jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong dan dia mengatakan semua yang bagus tentang Asnawi,” tambahnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram