Jurulatih Laos Ramal Selangor Bakal Jadi ‘Masalah’ Besar JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pengendali kelahiran Laos, Phaoutpasong Sengdalavong meramalkan bahawa Selangor bakal menjadi pesaing terhebat JDT musim ini.

Beliau yang membawa pasukan kendaliannya iaitu Young Elephants ke Stadium MBPJ terpaksa menelan hakikat apabila tunduk dengan keputusan 4-0.

Beliau mengakui jurang besar antara pasukannya dan juga The Red Giants menyaksikan anak didik Nidzam Jamil muncul juara Selangoe Asia Challenge 2024.

Advertisements

“Sebahagian pemain kami sudah boleh menyesuaikan diri manakala sebahagian yang lain masih perlu dilihat semula.

“Kami akan menilai semula sebelum pusingan Kelayakan Piala AFC dan saingan liga bermula kerana masih banyak masa untuk kami melakukan penilaian semula.

Advertisements

Tambahnya, kualiti yang dimiliki oleh pasukan Selangor telah kelihatan dan pelaburan yang diusahakan samakin membuahkan hasil.

“Sebelum kami menyertai kejohanan ini, saya sudah membuat penyelidikan dan kajian terhadap pasukan Selangor. Saya melihat Selangor telah berbelanja dengan agak banyak untuk pembangunan dan akhirnya berbayar dengan kejayaan yang dikecapi.

Advertisements

“Saya berharap agar tahun ini mereka mampu untuk mencabar Johor (JDT) untuk menjadi juara,” jelasnya ketika ditemui di Stadium MBPJ.

Selangor bakal bertemu JDT dalam satu aksi Piala Sumbangsih 2024 di Stadium Sultan Ibrahim pada 3 Mei 2024.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram