Kegagalan pasukan Oman dalam kempen Piala Asia 2023 menyaksikan ketua jurulatihnya kini dipecat.
Lawan yang bakal bertemu Malaysia itu memperagakan aksi yang kurang konsisten di Qatar dalam tiga perlawanan selepas hanya mampu mengutip dua mata termasuklah seri bertemu Kyrgyzstan semalam.
Dua keputusan seri dan satu tewas sudah cukup buat Oman untuk ditunjukkan jalan keluar daripada kejohanan berprestij di Asia ini.
Menerusi satu kenyataan rasmi oleh Oman, pihak persatuan tidak berminat untuk meneruskan khidmat jurulatih semasa, Branko Ivankovic yang gagal membawa perubahan kepada bola sepak Oman.
Beliau yang sudah mengemudi pasukan sejak tahun 2020 telah membantu pasukan Timur Tengah itu untuk berada pada kedudukan ke-74 dunia ketika ini.
Bekas jurulatih Shandong Luneng dan Al-Ittifaq ini memiliki pengalaman yang luas termasuklah membawa pasukan Iran meraih tempat ketiga di Piala Asia 2004.
Malaysia pula akan bertemu pasukan Demons itu pada bulan Mac nanti dengan harapan untuk mengekalkan rekod cemerlang dalam dua perlawanan awal.
Oman ketika ini dalam usaha mencari pengganti sebagai persiapan untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 di Arab Saudi.
Video: Kyrgyzstan vs Oman