“Jurulatih Perlu Cari Bakat, Bukan Bergantung Pada Naturalisasi” -Ong Kim Swee
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), Datuk Ong Kim Swee melihat sudah tiba masanya jurulatih mengenalpasti pemain berbakat terutama di peringkat akar umbi.

Kenyataan ini dibuat dalam sidang media selepas selesai majlis pemilihan ahli jawatankuasa baru PJBM hari ini.

Kim Swee merasakan dengan mencungkil bakat-bakat baru terutama di peringkat akar umbi, ini bukan saja bakal memberi nilai tambah kepada arena bola sepak Malaysia.

Advertisements

Malah, ini secara tidak langsung mengurangkan keperluan untuk membawa masuk pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan.

Ketika ini, Harimau Malaya memiliki beberapa tonggak berstatus naturalisasi seperti Paulo Josue (KL City FC) dan Endrick dos Santos (Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC)).

Advertisements

“Kita ingin melihat jurulatih-jurulatih terutamanya di peringkat akar umbi seperti dikatakan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusof (Mahadi).

“(Ini) kerana jurulatih memainkan peranan penting untuk mencungkil bakat, bukan lagi memikirkan pemain-pemain naturalisasi.

Advertisements

“Dan saya percaya dengan (adanya) program-program yang lebih baik terutamanya (untuk) jurulatih-jurulatih muda, Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) akan bekerjasama dengan Jabatan Teknikal FAM,” katanya.

Kim Swee yang juga pengendali Sabah FC menang tanpa bertanding sebagai Presiden PJBM dalam majlis pemilihan hari ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram