Ong Kim Swee Dilantik Presiden PJBM Yang Baharu
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah bergelar Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM) yang baru.

Beliau dipilih sebagai presiden selepas menang tanpa bertanding dalam satu majlis pemilihan ahli jawatankuasa PJBM baru yang berlangsung hari ini.

Sebelum ini, jawatan tersebut disandang oleh bekas pengendali Harimau Malaya dan Selangor FC, mendiang B. Sathianathan.

Advertisements

Bagaimanapun, jawatan tersebut kosong selepas Sathianathan meninggal dunia pada 18 Julai lalu akibat penyakit kanser.

Susulan itu, Kim Swee menggalas peranan sebagai Pemangku Presiden PJBM sehingga proses pemilihan jawatankuasa baru PJBM diadakan.

Advertisements

Sehingga artikel ini ditulis, proses pemilihan jawatan PJBM masih berlangsung ketika ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram