Jurulatih Stallions Mahu Kuburkan ‘Haaland’ Terengganu
AFC Cup
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Stallions Laguna, Ernest Nierras mahu memastikan bahawa jentera serangan Terengganu terkubur bagi aksi Piala AFC 2023 esok.

Pengendali kelahiran Filipina itu teruja berdepan lawan yang cukup hebat sambil mengakui sudah melakukan persediaan bagi aksi ketiga di Asia.

Sungguhpun begitu, beliau menyedari bahawa cabaran itu bukan mudah selepas pasukan kendalian Tomislav Steinbruckner merupakan pasukan yang bagus setelah membenam cabaran kelab Australia, Central Coast Mariners.

Advertisements

Antara pemain yang menjadi tumpuan bagi aksi di Gong Badak ialah kelibat Ivan Mamut dan Habib Harron yang dilihat menjadi pemain tumpuan bagi aksi tersebut.

“Pemain Terengganu semuanya bagus. Siapa yang kami mahu fokuskan. Akan tetapi, saya akan memastikan bahawa kami merantai Haaland (Ivan Mamut) kamu. Terengganu juga memiliki pemain nombor 10 (Habib Haroon) yang boleh membawa bola ke dalam kotak penalti.”

Sambil itu, beliau mengakui pasukannya beraksi lebih fizikal dan memiliki keupayaan yang hampir sama dengan corak Liga Malaysia yang lebih fizikal.

Advertisements

Beliau juga menjangkakan aksi sukar bagi kedua-dua pasukan sambil mahu mencari mata pertama di gelanggang lawan.

“Saya akan pastikan Terengganu beraksi 90 minit,” jelasnya kepada Astro Arena.

Terengganu akan menentang Stallions pada jam 4 petang, 26 Oktober 2023 di laman sendiri.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram