Jurulatih Terengganu Gusar Pertahanan Utama ‘Hilang’
Liga Super
MakanBola
Terengganu FC
Advertisements

Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner mengakui kehilangan beberapa pertahanan utama telah merencatkan aksi Terengganu berdepan Sabah.

Namun jurulatih itu tetap mengucapkan tahniah kepada Sabah atas kemenangan di Gong Badak walaupun kecewa pasukannya tewas.

Advertisements

“Tahniah kepada Sabah, mereka telah musnahkan kita (Terengganu FC). Dalam mana-mana segmen bola sepak, dari minit pertama hinggalah rehat separuh masa, mereka menjaringkan tiga gol. Tapi seingat saya, mereka telah menjaringkan tiga gol selepas 15 minit.” ujar jurulatih itu.

“Sabah lebih baik dalam setiap hantaran, lebih baik dari segi idea. Bagaimanapun, anda tahu kita kehilangan 4 pemain dengan semuanya pemain pertahanan. Dan sekarang kita dapat lihat betapa pentingnya mereka kepada kita. Kita ketiadaan Alif Zakaria, Shahrul Nizam Ros Hasni dan Azmi Murad.”.

Advertisements

Jurulatih Terengganu itu bagaimanapun tidak mahu isu kecederaan dijadikan sebagai alasan atas kekalahan Terengganu malam tadi.

“Begitupun, ini bukan alasan buat kita. Bagaimanapun, perlawanan ini sudah berakhir dan saya merasa kecewa. Kita akan terbang ke Australia dan kita perlu pandang ke hadapan. Saya harap sesetengah pemain yang cedera akan dapat kembali membantu pasukan.”.

Advertisements

Tomislav Steinbruckner kemudian turut berkongsi status kecederaan 3 pertahanan utama Terengganu.

“Ya, Shahrul Nizam mengalami kecederaan pada otot betis untuk masa yang lama. Tapi beliau selalu bermain sama ada dengan suntikan atau ubat dan itu sesuatu yang tidak bagus. Alif Zakaria mengalami kecederaan pada bahagian buku lali.”.

Advertisements

“Safwan Mazlan juga mengalami kecederaan selepas final (Piala MFL) bersama TFC II. Azam Azmi, kita akan lihat perkembangan lututnya dalam beberapa bulan agar dapat membantu pemulihannya di bahagian tersebut. Ini sesuatu yang tidak bagus untuk pasukan dan saya tapi apa yang saya boleh buat. Hari ini, saya gunakan pemain yang ada dalam pasukan dan itu saja.” ujar beliau lagi.

Terengganu tampil bermain dengan formasi bek bertiga dalam perlawanan menentang Sabah dimana Ubaidullah Shamsul, Argzim Redzovic dan Arif Fadzilah turun dalam kesebelasan utama.

Advertisements

“Disebabkan kuota pemain import dan tidak cukup pemain pertahanan, saya letakkan Argzim Redzovic disebabkan beliau melepasi (kuota pemain import). Disebabkan kita tidak cukup pemain sayap, Sony Norde bermain dari minit pertama dan Nurillo Tukhtasinov dan Habib Haroon memenuhi kuota pemain Asia.”.

“Pada Ahad ini, kita akan terbang ke Australia. Sudah tentu saya akan membuat beberapa perubahan kerana saya mahu beri lebih banyak minit permainan kepada pemain lain di Australia sebab kita tahu sasaran kita. Jangan kata perlawanan ini penting. Ya, semua perlawanan penting tapi kita tahu matlamat utama kita.” ujar Tomislac Steinbruckner.

Advertisements

Terengganu bakal bertemu Central Coast Mariners pada 29 November ini untuk aksi kelima saingan kumpulan G Piala Asia.

Advertisements

News Comments Account