Jurulatih Urawa Reds Akui Beliau Kenal Pasti Bakat Forestieri 13 Tahun Lalu
Dunia
The AFC
Advertisements

13 tahun sudah berlalu namun Ketua Jurulatih Urawa Reds dari Sepanyol, Ricardo Rodríguez tidak dapat melupakan saat beliau mengenal pasti bakat pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri.

“Pertama sekali, Forestieri adalah pemain yang saya bawa masuk semasa saya menjadi Pengurus Sukan di Malaga (Kelab Sepanyol). Sejak menentang mereka (JDT) pada 2015 ketika saya mengetuai Bangkok Glass FC (Thailand), saya percaya pasukan itu telah berkembang dengan lebih baik, dan saya fikir mereka telah meningkatkan tahap mereka dengan memperoleh pemain asing berkualiti tinggi.

“Saya juga fikir mereka (JDT) telah memberikan aksi yang sangat baik di peringkat kumpulan ACL menentang Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai. Saya fikir ia pasti akan menjadi penting (perlawanan penting), dan mereka adalah pasukan yang bagus dengan pemain berkualiti seperti Natxo Insa dan Jordi Amat,” ujar Ricardo Rodríguez ketika sesi sidang media sebelum perlawanan ACL JDT – Urawa Reds pada Khamis.

Advertisements

Fernando Forestieri sebelum ini pernah mewakili kelab Sepanyol, Malaga FC dan beberapa kelab Eropah lain dari Sepanyol, Itali dan England sebelum membuat keputusan menyertai Johor Darul Ta’zim.

Dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-juara AFC (ACL), Fernando Forestieri berjaya memainkan peranan penting dan membantu JDT menamatkan saingan peringkat kumpulan I di tangga teratas kumpulan dengan 13 mata mengatasi Kawasaki, Ulsan dan Guangzhou.

JDT bakal bertemu Urawa Reds di Stadium Saitama pada hari ini (Jumaat) jam 7.00 malam waktu Malaysia dalam pusingan kalah mati 16 terakhir.

Advertisements

Sekiranya JDT berjaya menewaskan Urawa Reds, JDT bakal mara ke suku akhir Liga Juara-juara AFC 2022 (Zon Timur) yang bakal diadakan pada 22 Ogos ini.

Separuh akhir bakal diadakan pada 25 Ogos dan perlawanan akhir ACL bakal menemukan juara Timur dan Barat pada tahun hadapan pada 19 & 26 Februari 2023 (2 pusingan).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram