Liga Super
Azri / MakanBola
Advertisements

Jurulatih berpengalaman, K. Devan kini sah dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan Melaka FC bagi saingan bola sepak musim 2024/25.

Advertisements

K. Devan bakal membimbing pasukan Melaka dalam saingan Liga M3 bersama-sama penolong jurulatih Sapian Wahid, S.Subramaniam dan Mussafar Shah.

Perkara tersebut diumumkan secara rasmi dalam laman media sosial Facebook Melaka FC dan juga sewaktu Majlis Menandatangani Kontrak Pemain dan Pegawai Pasukan Melaka.

Advertisements

“Pengendali baru pasukan Melaka FC K Devan komited untuk membawa kejayaan bagi pasukan Melaka FC dan memberikan saingan yang hebat dalam aksi Liga M3 musim 2024.”

“Pengalamannya yang luas dalam membimbing banyak pasukan termasuk Negeri Sembilan, Penang, Selangor, PJ City, Johor FC, Felda United dan Kelantan akan digunakan dengan sebaik mungkin kali ini.” menurut kenyataan rasmi pasukan Melaka.

Advertisements

K. Devan sebelum ini menggalas jawatan ketua jurulatih Negeri Sembilan pada musim lalu dan membantu pasukan tersebut menamatkan saingan liga ditangga ke-9 dengan mengumpul 27 mata.

Pengendali berusia 63 tahun ini pernah membawa Negeri Sembilan menjuarai Liga Perdana pada musim 2021 sekaligus melayakkan diri ke Liga Super 2022.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram