Kalamullah Azam Kekalkan Tempat Dalam Skuad Harimau Malaya
Dunia
Kalamullah_22
Advertisements

Penjaga gawang Kedah Darul Aman, Kalamullah Al-Hafiz berazam mahu mengekalkan tempat beliau dalam barisan skuad kebangsaan lagi selepas ini.

Kalamullah menjelaskan untuk tersenarai dalam pemain negara haruslah bekerja keras dan komited bagi memperoleh prestasi yang cemerlang dalam perlawanan Liga M musim ini bersama Kedah.

Beliau yang sudah pun tiga kali dicalonkan selaku antara penjaga gol terbaik Liga Super musim lalu itu akan memanfaatkan segala ilmu yang telah diturunkan ketua jurulatih penjaga gol, Abdul Hadi Hamid untuk membantu Sang kenari mendapatkan kejayaan musim ini.

Advertisements

“Saya juga mahu memastikan kedudukan saya dalam pasukan kebangsaan dapat dikekalkan dan oleh itu saya perlu terus berusaha lebih gigih bagi mencapai tahap dan prestasi yang terbaik dalam saingan Liga M musim ini bersama Kedah yang merupakan tiket untuk melayakkan saya berada dalam senarai panggilan skuad kebangsaan,” katanya kepada Harian Metro.

Selain mengekalkan tempat dalam barisan skuad kebangsaan, anak jati Kelantan itu percaya dengan peluang yang dimilikinya bersama pasukan Kedah musim ini sekaligus impiannya untuk membina nama bakal direalisasikan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram