“Kalau Ikut Penyokong, Messi Pun Mereka Nak” – Azraai Khor
Dunia
KFA
Advertisements

Timbul satu ura-ura mengenai status pemain sensasi Johor Darul Ta’zim, Syafiq Ahmad pada musim hadapan yang dikaitkan ke Kedah.

Bekas jurulatih lagenda skuad Hijau Kuning, Azraai Khor turun menjelaskan keputusan itu terpulang kepada perbincangan kedua-dua pemilik sama ada mahu lepaskan ataupun sebaliknya.

Beliau menegaskan perkara ini tidak perlu ada campur tangan penyokong kerana mereka harus menghormati setiap keputusan yang dilakukan pemilik Kedah itu.

Advertisements

Azraai turut menyatakan perkara tersebut harus dilihat daripada banyak segi terutama kewangan. Jika semua ikut peminat, messi pun mereka mahu bawa masuk dalam pasukan. 

“Bagi saya ini sangat tidak profesional untuk desak perkara ini. Anda perlu faham dia (Syafiq) ada kontrak, jika kedua-dua dah berbincang, sama ada ada nak loan atau tebus kontrak, biar mereka yang buat,” katanya.

“Netizen ini kepoh. Itu bukan tahap peminat untuk desak. Too much desak. Kena hormat keputusan pemilik,” ujarnya.

Advertisements

“Selepas itu kena tengok kewangan atau masalah. Kalau ikut penyokong, Messi pun mereka nak,” jelasnya kepada Majoriti

Sebagai rekod, Syafiq Ahmad pernah beraksi bersama skuad Sang Kenari pada musim 2015.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram