“Kalau Main Sedap, Penaja Nak Taja BMW” – Zamsaham
Dunia
Advertisements

Persediaan musim baru Kelantan FC dilihat semakin ‘kemas’ dengan kemasukan pemain-pemain baru dan import berkualiti yang akan membantu Kelantan FC layak ke saingan Liga Super 2023.

Selain daripada kemasukan pemain baru, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman turut memberikan kemas kini berkaitan penajaan terhadap pasukannya itu yang kini menjangkau 12 syarikat yang telah menandatangani kontrak tajaan.

“Alhamdulillah, ada yang taja duit, ada yang taja dalam bentuk barangan termasuklah kereta untuk pemain import.

Advertisements

“Kalau main sedap, penaja nak taja BMW.

“Setakat ni 12 penaja sudah tandatangan (kontrak tajaan),” jelas Zamsaham di akaun Facebooknya.

Kelantan sebelum ini mengekalkan beberapa pemain muda selain menjadikan ketua jurulatih sementara, Rezal Zambery Yahya sebagai ketua jurulatih penuh Kelantan FC untuk musim Liga Premier 2022.

Advertisements

Rata-rata penyokong Kelantan turut bergembira dengan perlantikan Rezal Zambery Yahya sebagai jurulatih penuh berikutan falsafah pembangunan pemain muda yang diterapkan bekas pemain kebangsaan tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram