Kalau Nak Bantu FAM, Datang Jumpa Saya – Hamidin
Dunia
FAM/TRW
Advertisements

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengajak pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman untuk berjumpa dengannya sekiranya beliau benar-benar berminat untuk membantu FAM. 

Perkara itu diutarakan Hamidin selepas diminta memberikan komentar berkenaan statement Norizam yang berhasrat mendahulukan wang, membeli VAR sekiranya FAM tidak mampu. Atas faktor ingin melihat mutu pengadilan yang lebih baik di Liga Malaysia, Norizam sanggup berbuat demikian.

Hamidin menegaskan sekiranya Norizam berminat untuk menaja video bantuan pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga M), maka beliau boleh menyatakan hasratnya itu kepada FAM.

Advertisements

“Saya ingat kalau dia ada minat pun, dia terus cakap dengan FAM.”

Tambah Hamidin, sebagai seorang pemilik kelab, tidak perlu untuk mengwar-warkan hanya kepada media, namun terus terang dan bersemuka secara terus kepada FAM.

“Saya punya komen senang, kalau dia nak apa ke bantu FAM, dia datang jumpa saya atau banyak orang dalam FAM, tak perlu cakap dalam media,” ujar Hamidin kepada Berita Harian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Rasmi Livery Pesawat Airbus 330-300 Harimau Malaya.

Advertisements

Menurut BH, kos untuk memasang VAR sesebuah stadium dilaporkan boleh mencecah hingga RM627,000, dengan nilai sekitar RM7.5 juta untuk 12 stadium dalam saingan Liga Super, tidak termasuk untuk pasukan Liga Perdana.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram