“Kalian Semua Memang Terbaik” – Sergio Aguero

Sergio Aguero "Kalian Semua Memang Terbaik" - Sergio Aguero
Foto: Football Association of Malaysia
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Penyerang naturalisasi Malaysia, Sergio Aguero berpuas hati dengan aksi pasukan Malaysia walaupun terkandas di separuh akhir Piala AFF 2022.

“Hari ini kita kalah dalam pertempuran tetapi bukan kalah dalam peperangan. Akan ada lebih banyak pertempuran lagi pada masa akan datang. Perjalanan yang sukar tetapi cukup bermakna selama 43 hari kami bersama.

“Komitmen dan usaha yang diberikan oleh pemain, jurulatih dan pengurusan adalah tidak ternilai. Kami telah mengorbankan cuti, masa bersama keluarga untuk berada di sini untuk Harimau Malaya.

“Keputusan perlawanan yang sangat menyedihkan tetapi saya percaya setiap langkah yang kita ambil akan menjadikan kita lebih kuat pada hari esok. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para penyokong atas kesetiaan dan tidak pernah berputus asa untuk menyokong kami!!

“Korang semua memang terbaik!! Suasana bermain di Bukit Jalil sememangnya cukup luar biasa. Kepada rakan sepasukan, jurulatih dan pengurusan, saya akan merindui pasukan ini, anda semua adalah yang terbaik!!!

“Lebih bangga dari sebelumnya menjadi rakyat Malaysia. Terima kasih juga kepada isteri saya, saya sayangkan awak,” jelas Sergio di Instagramnya, @aguero.sergio16.

Bersama skuad kebangsaan, Sergio Aguero telah beraksi sebanyak 6 kali dan menjaringkan 2 gol penting sepanjang kejohanan Piala AFF 2022.