AFF U23: “Kami Cuba Bermain Cara Kami” – Wafiq Danish
Piala AFF
FFC
Advertisements

Pemain pertahanan skuad B-23 Brunei, Wafiq Danish Mohd Hasimulabdillah mengakui pasukannya berusaha bermain dengan cara mereka biarpun tewas 4-1 kepada Myanmar dalam aksi terakhir Kumpulan A Piala AFF B-23.

Brunei yang sudah tersingkir dari kejohanan berusaha memberi tentangan sengit kepada The Chinthe. Namun begitu, Tabuan Muda terpaksa akur dibolosi empat gol oleh pasukan yang dibimbing jurulatih Jerman, Michael Feichtenbeiner.

Begitupun, Brunei tidak pulang dengan tangan kosong apabila menyumbat gol tunggal mereka dalam kejohanan menerusi Wafiq Danish.

Advertisements

Justeru, pemain yang beraksi untuk Kasuka itu berharap semangat juang yang ditunjukkan dapat diteruskan selepas ini.

“Sudah tentu kami cuba bermain mengikut cara permainan kami dalam perlawanan hari ini. Jadi, kami harus jadi lebih baik,” katanya dalam temubual selepas perlawanan hari ini.

Advertisements

Anak-anak buah Atsushi Hanita selepas ini akan memberi fokus kepada pusingan kelayakan Piala Asia B-23 pada September ini.

Bagaimanapun, Tabuan Muda berdepan tugas sukar kerana diletakkan dalam Kumpulan A bersama tiga negara Timur Tengah iaitu Jordan, Syria dan Oman.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram