“Kami Mahu Bermain Bola Sepak Sebenar” – Dion Cools
Dunia
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools tidak mahu memikirkan perbezaan fizikal pemain kedua-dua pasukan sebagai satu masalah buat Malaysia menentang Turkmenistan esok.

Beliau sebaliknya ingin kekal fokus kepada perancangan utama pasukan untuk mendominasi perlawanan sebaik wisel ditiup untuk perlawanan pertama Malaysia menentang Turkmenistan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Benar diri saya dan pasukan belum pernah berjumpa dengan mereka (Turkmenistan), kami tidak dapat meneka bagaimana (kekuatan) fizikal atau bagaimana mereka akan bermain.

Advertisements

“Tetapi seperti yang jurulatih cakapkan, kami hanya mahu bermain bola sepak sebenar dan mendominasi di padang oleh itu boleh jadi ianya perlawanan fizikal, boleh jadi tidak, ianya sesuatu yang bakal kita lihat esok.

“Kita hanya perlu kekal dengan perancangan kita dan kita lihat esok”, jelas Dion Cools semasa sidang media di Hotel Dorsett Grand Subang.

Sementara itu dalam sesi sidang media yang sama, Kim Pan-gon dengan tegas yakin Malaysia mampu mendominasi perlawanan menentang Turkmenistan dan Malaysia turut sudah membuat analisis penuh mengenal pasti kelebihan dan kekurangan pasukan lawan.

Advertisements

Malaysia bakal bertemu lawan sukar dalam perlawanan pertama esok bertemu Turkmenistan yang memiliki ranking FIFA lebih baik jam 9:00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram