“Kamu Cemerlang Bersama Malaysia, Lakukan Juga Bersama Kelab”
Piala Malaysia
KL City FC
Advertisements

Penyerang sensasi pasukan KL City FC, Kipré Tchétché menggesa duo muda pasukan, T. Saravanan dan Haqimi Rosli untuk bangkit dan memperagakan aksi terbaik bersama kelab.

The City Boys terpaksa menelan hakikat selepas tewas 1-2 di laman sendiri dengan penalti pemain berpengalaman itu menjadi bekalan apabila bertandang ke Terengganu awal bulan hadapan.

Pemain berusia 35 tahun itu menjadi sandaran utama pasukan selepas ketiadaan Paulo Josue dan Romel Morales dengan ketua jurulatih, Nenad Bacina memberi kepercayaan kepada duo muda Malaysia di bahagian serangan.

Advertisements

Tchétché bagaimanapun dikesan berang dalam beberapa situasi serangan kerana kurang kesefahaman bersama Saravanan dan Haqimi yang menyaksikan KL City hanya menjaringkan satu gol.

Mengulas lanjut, beliau menggesa agar dua pemain ini segera meningkatkan mutu permainan kerana pernah melihat aksi terbaik ditampilkan bersama skuad kebangsaan.

Advertisements

“Mereka tidak berlari. Saya tidak boleh katakan ia sebagai kurang pengalaman, perkara ini haru datang secara semulajadi sebagai pemain serangan.”

“Saya lihat Saravanan menjaringkan banyak gol bersama pasukan kebangsaan bawah 23 tahun. Ia juga larian yang sama sebagai pemain sayap jadi sebab itulah saya menjerit kepadanya,” jelasnya kepada MakanBola.

Advertisements

Beliau bagaimanapun memahami keadaan tersebut dan yakin dua pemain ini akan terus belajar sebanyak mungkin dan terus membantu pasukan kerana mereka memiliki pengalaman yang hebat bersama pasukan kebangsaan.

KL City bakal bertandang ke Terengganu pada 3 November namun perlu berdepan tentangan PDRM pada 27 November terlebih dahulu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram