Kane & Xhaka Alami Nasib Berbeza Di Bundesliga
Eropah
Bayern Munich/ Bayer 04 Leverkusen
Advertisements

Harry Kane dan Granit Xhaka alami nasib berbeza sepanjang musim baharu ini beraksi di Liga Jerman (Bundesliga). 

Kedua pemain ini merupakan bekas pemain Liga Perdana Inggeris yang sangat berpengalaman iaitu Tottenham Hotspur dan Arsenal.

Bayern Munich melamar Harry Kane pada awal musim lepas pada bulan Ogos 2023 sebulan selepas Granit Xhaka sertai Bayer 04 Leverkusen pada Julai 2023. 

Advertisements

Keputusan Harry Kane untuk sertai Bayern Munich sangat mengejutkan dunia bola sepak sementara berita Granit Xhaka ke Bayer 04 Leverkusen tidak menjadi berita utama.

Harry Kane menjadi taruhan utama Thomas Tuchel dalam kemudi jentera serangan pasukan. Beliau mencatatkan 39 gol dalam 38 perlawanan bagi saingan Liga Jerman.

Walaubagaimanapun, bekas pemain Spurs itu tetap gagal untuk menjulang trofi pertama dalam kariernya selepas kebangkitan luar biasa yang dibuat oleh Bayer 04 Leverkusen musim ini. 

Advertisements

Granit Xhaka pula, menjadi arkitek pilihan jurulatih Bayern Leverkusen iaitu Xabi Alonso. Pilihan legenda Liverpool ini untuk menjadikan Xhaka memimpin jentera tengah pasukan sangat membuahkan hasil yang luar biasa.

Selama 7 musim bersama Arsenal sejak 2016/2017, Xhaka tidak pernah memenang saingan Liga Perdana Inggeris. Namun, kali ini nasib berbeza buatnya. 

Pemain kebangsaan Switzerland ini berjaya membawa Bayer 04 Leverkusen menjadi juara Liga Jerman sekaligus cipta sejarah kelab. Ini merupakan kejuaraan pertama kelab sejak menyertainya pada tahun 1979.

Advertisements

Bukan itu sahaja, Bayern Leverkusen juga mencatatkan rekod tanpa kalah sepanjang 29 perlawanan sekaligus  menamatkan dominasi Bayern Munich 11 musim sejak tahun 2012.

Saingan Liga Jerman masih belum tamat, Bayer 04 Leverkusen masih berbaki 5 perlawanan dalam saingan Bundesliga sama seperti Bayern Munich.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram