Kapten Perak Tampar Muka Matthew Davies
Piala Malaysia
JST & Perak FC
Advertisements

Aksi separuh akhir Piala Malaysia 2023 antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bertukar tegang apabila tindakan kapten tuan rumah, Luciano Guaycochea menampar Matthew Davies jadi perhatian.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh, Perak itu menyaksikan kedua-dua pasukan bermula baik namun dua gol awal Harimau Selatan merentap semangat The Bos Gaurus.

Tatkala perlawanan babak pertama hampir tamat, tindakan luar oleh kapten Perak, Luciano menyebabkan keadaan bertukar tegang disebabkan beliau menampar muka Matt Davies.

Advertisements

Situasi bermula selepas Arif Aiman menjatuhkan pemain lawan yang membawa kepada sepakan percuma.

Kapten Perak itu cuba melakukan provokasi namun cuba dihalang oleh pertahanan kanan Harimau Selatan itu dengan segera.

Beliau bagaimanapun ditampar oleh Guaycochea secara tiba-tiba sehingga menyebabkan keadaan bertukar panas.

Advertisements

Tindakan tersebut bagaimanapun terlepas daripada pantauan pengadil perlawanan namun beliau dilayangkan kad kuning bersama Arif Aiman.

Klip penuh: Matthew Davies ditampar

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram