Karakter Syahir Bashah Mampu Bawa Beliau Ke Tahap Tertinggi
Dunia
MakanBola
Selangor FC
Advertisements

Bintang muda Selangor FC, Syahir Bashah berjaya buktikan beliau berada dalam kelas tersendiri selepas memperagakan aksi yang cemerlang pada perlawanan pertama, saingan Liga Super 2022 antara Selangor FC dan KL City.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras pada semalam memperlihatkan Syahir diberi kebercayaan oleh pengendali Selangor FC, Michael Feichtenbeiner memperoleh debut bersama Selangor FC. Pemain yang berusia 20 tahun ini telah dimasukkan pada minit ke-60 permainan bagi menggantikan Danial Asri.

Advertisements

Bermain di bahagian sayap, Syahir berjaya mencorakkan beberapa serangan pasukan Merah Kuning. Beliau dilihat cukup selesa serta tenang ketika mengawal bola dikaki dan beberapa kali berjaya melakukan hantaran-hantaran lintang kepada rakan sepasukan.

Menjadi nadi kepada gerakan The Reg Giant, kemasukan Syahir telah membawa tuah dan menyumbang kepada gol ketiga Selangor FC. Pada minit ke-76 permainan, rembatan Syahir telah terkena tangan pemain pertahanan KL City, Irfan Zakaria. Insiden tersebut dikesan pengadil dan Selangor sekaligus dihadiahkan sepakan penalti.

Advertisements

Pemain import Selangor FC, Caionnn bertindak untuk mengambil sepakan penalti itu dan beliau tidak sia-siakan peluang terhidang tersebut. Jaringan penalti itu memastikan Selangor FC berjaya mengikat tuan rumah, KL City FC dengan keputusan 3-3.

Syahir Bashah mula menyerlah dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia pada musim lepas ketika beliau bersama Perak FC. Michael Feichtenbeiner ialah individu yang menghidu kebolehan pemain ini memilih untuk mengikat dan menyerap masuk Syahir ke skuad utama Selangor FC

Advertisements

Rata-rata peminat bola sepak tempatan berpuas hati dengan persembahan memukau yang ditampilkan anak jati Perak ini. Ramai dalam kalangan penyokong Selangor FC yang menginginkan kudrat Syahir ini dimanfaatkan sebaik mungkin dalam perlawanan-perlawanan mendatang.

News Comments Account