Kelab KAS Eupen Dedah Destinasi Jordi Amat Selepas Meninggalkan Kelab Jun Nanti
Dunia
Sky Sports
Advertisements

Pemain warisan Indonesia yang kini beraksi untuk KAS Eupen di Liga Belgium disahkan tidak menyambung kontrak dengan kelab tersebut. Kontrak beliau dijangka tamat Jun nanti.

Sesuatu yang mengejutkan adalah apabila kelabnya telah mendedahkan mengenai destinasi yang bakal dituju Jordi Amat selepas tamat kontrak kelak. KAS Eupen memberitahu bahawa pemain itu mahu melanjutkan karier bola sepaknya di Indonesia.

“Jordi Amat merancang untuk melanjutkan karier bola sepaknya di Indonesia. Pemain dari Sepanyol itu telah memohon kewarganegaraan Indonesia dan merupakan calon untuk pasukan kebangsaan Indonesia,” kata kenyataan rasmi KAS Eupen.

Advertisements

Pastinya berita ini mengujakan para peminat bola sepak Indonesia yang mahu melihat kelibat pemain pertahanan kental ini beraksi untuk pasukan kebangsaan mereka.

Bukan itu sahaja, kelab-kelab di Indonesia juga boleh berkira-kira untuk membawa Jordi Amat untuk beraksi dengan pasukan mereka.

Walaupun mempunyai gaji yang tinggi, kelab-kelab di Liga Indonesia akan mendapat manfaat apabila menandatangani Jordi Amat. Apabila proses naturalisasi selesai, Jordi Amat boleh dibawa masuk dengan status pemain tempatan dan bukannya pemain import.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram