Advertising
Katsuhito Kinoshi Rayu Sokongan Penuh Peminat Buat Pemain Selangor
MakanBola
MFL

Pengendali Selangor FC, Katsuhito Kinoshi mengharapkan penyokong agar terus berdiri teguh di belakang pasukan itu.

Permintaan itu dibuat beliau selepas kumpulan Ultras Selangor bertindak meninggalkan Stadium MBPJ pada separuh masa kedua aksi final MFL Challenge Cup.

Ad

Tatkala aksi final kedua menentang PDRM FC itu memasuki minit ke-66, Ultras Selangor bertindak meninggalkan stadium. Pada ketika itu, Merah Kuning mendahului 3-0 menerusi Ali Olwan, Yohandry Orozco dan Ronnie Fernandez.

Ad

Pergerakan mereka meninggalkan stadium mencuri perhatian pihak media termasuk wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran. “Ultras Selangor terus nyatakan pendirian mereka. Apakah ia akan berlaku?” katanya di X.

Selangor kemudiannya menyumbat satu lagi gol menerusi Orozco. Pada akhir perlawanan, Merah Kuning muncul juara dengan kemenangan agregat 7-0.

Ad

Apabila diminta mengulas isu tersebut oleh media, Kinoshi menganggap itu pilihan yang dibuat mereka. Pada masa sama, jurulatih Jepun itu berharap penyokong terus setia bersama Selangor.

Ad

“Sesetengah pemain tak boleh bermain, ada yang duduk di bangku simpanan. Ada yang digantung macam Safuwan (Baharudin) dan Fazly (Mazlan). Semua orang tahu bukan mudah bergelar juara,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan.

Ad

“Jadi, tolong sokong pemain, corak permainan pasukan dan pencapaian yang dilakar (semalam). Tolong sokong pemain-pemain kita, saya tak nak minta tapi saya merayu untuk beri sokongan kepada pemain-pemain.

“Bukan mudah buat mereka bergelar juara. Jadi, dalam perlawanan seterusnya, kita mungkin tidak tahu keputusan. Kita mungkin mengecewakan mereka (Sabah FC), saya tak tahu tetapi tolong sokong pemain-pemain kita.”

Selepas ini, Selangor akan menghadapi cabaran Sabah FC untuk aksi liga seterusnya pada 27 Februari ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments