Kaut Keuntungan Buat Negara & Rakyat
Dunia
TEAM MALAYSIA
Advertisements

Pensyarah Kanan UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa, menyarankan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memanfaatkan peluang yang sedia untuk menjana pendapatan pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 Jun kelak.

Malaysia telah diberi hak untuk menjadi tuan rumah bagi saingan Kumpulan E dan Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi venue pilihan. SNBJ bakal menjadi medan pertaruhan yang menyaksikan enam perlawanan secara kesuluruhannya.

Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang rindu akan suasana di dalam stadium. Stadium Nasional Bukit Jalil ini pastinya akan dibanjiri penyokong yang sentiasa komited memberi sokongan terhadap skuad Harimau Malaya.

Advertisements

“Bayangkan kali terakhir Harimau Malaya beraksi di depan penyokong sendiri pada November 2019. Andai pasukan negara tidak beraksi di gelanggang sendiri sehingga Jun nanti, bermakna Harimau Malaya tidak bermain di depan penyokong kita sendiri selama 56 bulan atau dua tahun lapan bulan.”

Mohd Sadek juga menegaskan bahawa ini merupakan peluang terbaik untuk Malaysia merancakkan semula industri sukan negara dengan penglibatan ramai pihak. Tambah Sadek, pihak KBS juga boleh mencipta dan membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Jangan kita mundur, sebaliknya rangkalah SOP terbaik untuk industri bola sepak rancak semula. Bukan sahaja Ultras Malaya boleh melaungkan chant mereka, abang burger pun boleh cari makan bila Malaysia main.”

Advertisements

Bagaimanapun, penekanan terhadap pematuhan SOP tidak boleh diambil mudah. Penguatkuasaan yang ketat perlu dilaksanakan bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19. Sepanjang kejohanan berlangsung, setiap pihak perlu memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.

“Yang pasti langkah pencegahan seperti ujian calitan di destinasi asal, tempoh isolasi yang sesuai, sertai pematuhan SOP yang ketat sebelum, sepanjang dan pasca kejohanan harus dilaksanakan,” kata Sadek kepada Harian Metro.

Bagi aksi kelayakan Piala Asia 2023 kelak, juara setiap kumpulan dan lima naib juara terbaik daripada enam kumpulan akan layak ke China. Mereka bakal mengiringi 13 pasukan yang sudah mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram