Ads
Dunia
Kawasaki Frontale


Kemarau kemenangan yang melanda kem pasukan Kawasaki Frontale akhirnya tamat selepas mencatatkan kemenangan besar ke atas pasukan Universiti Sapporo.

Advertisements

Pasukan bimbingan Toru Oniki kehilangan 8 mata daripada 3 perlawanan terakhir selepas mencatatkan 2 kekalahan dan juga 1 seri.

Advertisements

Hal ini juga menyebabkan mereka terlepas kedudukan pendahulu liga ketika ini sekaligus memberi peluang kepada pasukan lain untuk memacu anak tangga pertama ketika ini.

Advertisements

Advertisements

Walau bagaimanapun, dalam perlawanan pusingan kedua, Piala Emperor ini, mereka kembali mendapat rentak kemenangan yang lama dinanti-nantikan.

Asakan bertali-arus yang dilancarkan sememangnya menyukarkan barisan pemain muda lawan yang jelas kurang berpengalaman untuk mengekang asakan Kawasaki Frontale.

Advertisements

Hal ini juga menyebabkan mereka bolos 3 gol dalam tempoh 7 minit apabila Kazuki Kozuka membuka tirai jaringan sebelum disusuli oleh Joao Scmidt dan juga selang tiga minit kemudian.

Duka Universiti Sapporo bertambah berat apabila Kei Chinen menjaringkan gol ketika pada minit ke-20 sebelum Tatsuki Seko meledak gol keempat sekaligus menutup peluang untuk lawan bangkit dalam perlawanan ini.

Advertisements

Kemenangan besar ini ditutup oleh jaringan Takatora Einaga yang meledak pada babak kedua permainan untuk melengkapkan kemenangan mudah Kawasaki Frontale.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram