Keadaan Syafiq Ahmad Bertongkat Undang Resah Harimau Malaya
MakanBola
FAM/Faris/MakanBola
Sponsors

Berita kurang enak diterima Harimau Malaya apabila keadaan Syafiq Ahmad dilihat merisaukan dengan bertongkat ketika keluar dari stadium selepas aksi berdepan Timor Leste.

Syafiq diberi tugas penting oleh Pau Marti untuk membarisi jentera serangan skuad Harimau bersama-sama seorang lagi penyerang, Darren Lok bagi menggempur kubu Timor Leste.

Ad

Ketajaman Syafiq di hadapan pintu gol terbukit di minit ke-37 apabila penyerang Kedah Darul Aman ini menampan masuk hantaran Fergus Tierney untuk gol pertama skuad negara.

Ad

Walau bagaimanapun, Syafiq terpaksa dibawa keluar pada permulaan babak kedua akibat kecederaan dan tempatnya digantikan dengan pemain sayap Kelantan DN, Fazrul Amir.

Ad

Setelah aksi tamat, kelihatan kelibat Syafiq dalam keadaan bertongkat ketika berjalan di hadapan para petugas media menuju ke arah bas pasukan di luar perkarangan stadium.

Ad

Dengan keadaan itu, Syafiq sudah pasti bakal terlepas aksi ketiga bertemu Thailand pada Sabtu sekaligus merencatkan perancangan Pau Marti untuk berdepan juara bertahan itu.

Pada aksi yang berlangsung pada Rabu, skuad negara perlu berterima kasih kepada Paulo Josue yang meledak dua gol untuk Malaysia mengatasi Timor Leste dengan keputusan 3-2.

Kemenangan ini meletakkan skuad negara di tempat pertama kumpulan A dengan 4 mata setelah 2 perlawanan sementara Timor Leste kekal di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

Ujian berat menanti Harimau Malaya apabila bakal terbang ke Bangkok untuk bertemu juara bertahan, Thailand pada Sabtu di Stadium Rajamangala, Bangkok pada jam 9 malam.