Liga Super: Kebangkitan Luar Biasa JDT Benam Cabaran Hebat UiTM
Liga Super
Advertisements

Perlawanan ini menemukan pendahulu liga Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pasukan yang menghuni tangga tercorot liga iaitu UiTM FC.

Johor Darul Ta’zim yang beraksi sebagai tuan rumah turun tanpa beberapa tonggak utama seperti Corbin Ong, Aidil Zafuan dan Mauricio manakala UiTM yang dibimbing Frank Benhardt turun dengan barisan pemain-pemain yang baru termasuk Zamir Selamat dan penyerang import mereka Joel Vinicius.

JDT mempunyai peluang terbaik untuk mendahului pada minit ke-28 apabila pemain muda sensasi, Arif Aiman yang berjaya melepasi kawalan pertahanan berlari menyusup masuk ke dalam kotak penalti namun rembatannya tepat kepada Zamir Selamat di gawang Uitm FC

Advertisements

UiTM yang jarang mengasak berjaya mengejutkan JDT apabila pada minit ke-43, pemain import UiTM dari7 Korea Selatan iaitu Kwon Yonghyun yang berjaya melepasi kawalan Shane Lowry menghantar bola kepada Joel Vinicius. Vinicius yang menerima bola tersebut berjaya membuat satu penyudah yang menarik lantas membolosi Farizal di gawang JDT.

Tamat separuh masa pertama dengan UiTM mendahului JDT 1-0.

Bersambung babak kedua. JDT menguasai perlawanan dengan serangan lebih terarah kepada Arif Aiman di sayap kanan.

Advertisements

Pada minit ke-50, JDT berjaya menyamakan kedudukan apabila Arif yang kerap kali melepasi pertahanan berjaya melakukan hantaran ‘cut back’ menarik menemui kaki Cabrera di kotak penalti. Cabrera tidak mensia-siakan peluang dengan merembat deras menewaskan Zamir Selamat sekaligus menjadikan kedudukan terikat 1-1.

Selepas gol penyamaan itu, JDT mengawal permainan dengan hantaran-hantaran pendek dan UiTM hanya menunggu untuk melakukan serangan balas.

Hasil serangan bertali arus JDT, Safawi Rasid yang masuk sebagai pemain gantian berjaya meledak gol hasil rembatan leret deras pada minit ke-72. Kedudukan berpihak kepada JDT mendahului UiTM 2-1.

Advertisements

Pemain UiTM kelihatan dihantui dengan masalah kecergasan apabila beberapa pemain mereka mengalami kekejangan otot.

JDT berjaya mengambil kesempatan di atas keletihan pemain UiTM apabila pada minit ke-88 mereka melebarkan kedudukan menjadi 3-1 selepas gerakan yang dimulakan Hazwan Bakri dan Akhyar Rashid berjaya disudahkan Bergson da Silva.

Perlawanan tamat dengan kemenangan berpihak kepada JDT mengatasi UiTM 3-1. Kemenangan ini sangat berharga buat JDT bagi menjarakkan diri dengan pencabar terdekat Terengganu FC manakala UiTM terus kekal berada di tangga terakhir Liga Super dengan hanya mengutip 2 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram