Kedah Bakal Berdepan Kelab Turkiye & Uzbekistan

Kedah Darul Aman FC 5 Kedah Bakal Berdepan Kelab Turkiye & Uzbekistan
Foto: Kedah Darul Aman FC
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Dengan Liga Super dijangka bermula pada akhir Februari ini, kelab-kelab Liga Super termasuk Kedah sibuk menjalani pra-musim. Dan difahamkan, skuad Kenari yang dibimbing Nafuzi Zain bakal mengadakan program pra-musim selama seminggu di Turkiye.

Kedah mengikut jejak langkah sebahagian pasukan Liga Super yang mengadakan program pra-musim di luar negara. JDT yang dibimbing Esteban Solari mengadakan pra-musim mereka di Dubai.

Manakala Selangor, Terengganu, Sabah, Sri Pahang dan Kelantan menjadikan Thailand sebagai destinasi pra-musim 2023.

Sepanjang berada di sana, skuad Helang Merah bakal mengadakan beberapa perlawanan persahabatan menentang kelab Turkiye dan Uzbekistan.

Siri perlawanan yang diatur di sana bukan saja memberi peluang kepada Nafuzi mengenalpasti kelemahan pada skuad Kenari. Malah, ia diharap dapat memantapkan keserasian sesama pemain menjelang musim baru liga.

Selain itu, ia turut menonjolkan kesungguhan Kedah di bawah pimpinan Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar untuk bangkit dan melakar pencapaian lebih cemerlang pada musim 2023.