“Kedah Dihukum Kerana Kesilapan Kecil” – Nafuzi Zain
Liga Super
MakanBola
KDA FC
Advertisements

Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain berpendapat jaringan saat akhir Kuching City FC pada aksi kedua-dua pasukan pada Jumaat adalah kerana kesilapan yang kecil.

Kedah yang berjaya mendahului 1-0 hasil jaringan Hasbullah Abu Bakar terpaksa akur dengan jaringan penalti pada penghujung perlawanan untuk mengakhiri perlawanan dengan keputusan 1-1.

Advertisements

Kuching City dihadiahkan sepakan penalti selepas rujukan pengadil terhadap Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan bahawa Irfan Zakaria dikesan melakukan kekasaran ke atas Tchetche Kipre.

“Gol tadi pun (jaringan Kuching City) adalah keputusan VAR. Kita kena menerima lah. Dua perlawanan kita dibolosi di minit-minit akhir. Selagi belum habis perlawanan, kita kena betul-betul disiplin dan fokus.

Advertisements

“Secara keseluruhannya, hanya satu kesilapan kecil, kita dihukum,” jelas Nafuzi yang dikongsikan oleh KDA FC.

Ini merupakan kali kedua berturut-turut Kedah dibolosi saat akhir oleh pihak lawan. Terdahulu, mereka juga dibolosi saat akhir ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mana menyaksikan mereka tewas 1-2.

Advertisements

News Comments Account