Kedah FA Ikut Jejak Perak FA
MakanBola
Kedah FA

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengikut jejak Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) beraksi dalam saingan Liga A1 Semi-Pro.

Ini selepas Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Yusoff Mahadi memaklumkan KFA antara 12 pasukan yang beraksi dalam liga itu pada musim depan.

Selain KFA, juara Piala MFL 2024/25, Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Selangor FC II, Imigresen FC II, Manjung City FC, Kelantan WTS FC dan Armed Forces FC turut beraksi untuk musim 2025/26.

“Turut menyahut cabaran adalah Machan FC, Kelantan Red Warriors FC, Bunga Raya FC, Malaysian University, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA),” katanya selepas Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah AFL, di Shah Alam.

Sebelum ini, Perak sah beraksi dalam saingan Liga A1 Semi-Pro musim depan. Ini selepas perkara itu disahkan Presiden PAFA, Dato’ Mohd Azhar Jamaluddin baru-baru ini.

Satu lagi pasukan Kedah iaitu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) diberi tempoh lanjutan 10 hari untuk melengkapkan semua dokumen dan kriteria yang ditetapkan.

Selain Sang Kenari, Guar Syed Alwi FC (GSA FC) dan pasukan Korea Selatan, Seoul Phoenix turut diberi tempoh sama.