“Kedah Hadapi Perak Yang Lebih Mantap” – Nafuzi Zain
Piala Malaysia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Jurulatih Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain mengakui pasukan Perak FC yang bakal dihadapi dalam aksi Piala Malaysia 2023 esok ialah pasukan berbeza.

Ini kerana The Bos Gaurus kali ini dimantapkan dengan kehadiran beberapa pemain import baru seperti Jesper Nyholm dan Luka Milunovic.

Selain itu, skuad Seladang juga mempamerkan corak permainan yang lebih tersusun dan sukar ditembusi seperti dialami Sri Pahang FC baru-baru ini. Justeru, Nafuzi sedar anak-anak buahnya bakal berdepan tugas sukar menentang pasukan tuan rumah.

Advertisements

“Bagi saya, selepas dua pertemuan dengan Perak, saya rasa pertemuan pada malam esok ialah pertemuan dengan pasukan Perak yang lebih mantap.

“Lagi mantap dari segi permainan. Kebelakangan ini nampak perubahan dari segi permainan yang tersusun, dari segi pemain-pemain baru (terutama) pemain-pemain import.

Advertisements

“Pemain yang sebelum ini kita jumpa pun dah takde. Yang injured pun sudah kembali. Saya dapat rasa tentangan sengit daripada Perak (pada malam esok),” katanya dalam sidang media pra-perlawanan yang disiarkan di Astro Arena hari ini.

Perak FC bakal bersemuka dengan KDA FC untuk aksi pertama pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia 2023 yang berlangsung esok sebelum disusuli aksi kedua pada 18 Ogos ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram