Dunia
Advertisements

Pasukan Kedah berjaya menjuarai Piala Smart RSN di Kemboja selepas menewaskan kelab Phnom Penh Crown 2-1 di Stadium Smart RSN, Phnom Penh semalam.

Kedah berjaya menjaringkan 2 gol di babak kedua menerusi pemain import Kipre Tchetche pada minit ke-67 dan pemain sayap Hadin Azman pada minit ke-76 sementara gol Phnom Pehn Crown hadir menerusi Lim Posith lima minit sebelum perlawanan tamat.

Kedah sebelum itu mengutip mata kemenangan selepas menewaskan kelab Angkor Tiger FC 1-0 hasil gol pemain sayap lincah Zaquan Adha. Manakala Phnom Penh Crown menundukkan Angkor Tiger 2-1 pada perlawanan pembukaan 10 Januari lalu.

Advertisements

Saingan tiga penjuru membabitkan Kedah, Phnom Penh FC dan Angkor Tiger FC pada Piala Smart RSN berlangsung dari 10 hingga 14 Januari menggunakan format ‘head-to-head’ dengan pemenang bakal ditentukan menerusi jumlah mata tertinggi.

Juara Kedah Juara Piala Smart RSN Kemboja
Kedah muncul juara Piala Smart RSN

Skuad Lang Merah turut mengadakan 3 perlawanan persahabatan sebelumnya pada 7 Januari lalu. Kedah menewaskan Visakha FC 1-0, tewas kepada Nagaworld FC  2-3 diikuti kemenangan 4-1 ke atas Boeung Ket FC.

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak berkata kemenangan pada Piala Smart RSN menjadi motivasi buat semua pemain skuadnya yang bakal memulakan aksi kelayakan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) minggu depan.

Advertisements

“Kemenangan ini satu motivasi untuk kami bawa pulang sebelum memulakan saingan penting peringkat kelayakan ACL bertemu kelab dari Hong Kong, Tai Po FC. 

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram