Advertising
Kedah Lancar Jersi Menawan, Hangatkan Perjuangan Piala Malaysia
Piala Malaysia
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) membuka kempen Piala Malaysia 2024/25 dengan melancarkan jersi ketiga terbaru mereka.

Pelancaran jersi ketiga itu diumumkan di semua platform media sosial rasmi Sang Kenari. Jersi kali ini berbeza kerana menggunakan warna putih sebagai warna utama.

Kreativiti pembuat jersi Kedah, ALX terserlah pada jersi berkenaan sama seperti jersi gelanggang lawan pasukan itu. Ini kerana jersi ini dihiasi corak kotak pelbagai warna termasuk warna oren dan hijau.

Ad

Corak petak yang digunakan melambangkan simbol sawah padi, bersesuaian dengan gelaran negeri Kedah sebagai Negeri Jelapang Padi. Setiap warna pada petak diwarnakan mengikut warna bendera negeri iaitu hijau, kuning dan merah.

Ad

ALX turut memilih meletakkan simbol burung kenari berwarna hijau pada jersi ketiga Kedah. Simbol ini bukan saja dilihat sinonim dengan gelaran pasukan itu, Sang Kenari.

Malah, simbol tersebut turut diinspirasikan daripada logo beberapa kelab gergasi Eropah seperti Arsenal dan Tottenham Hotspur.

Ad
Ad

Sebaik imej terbaru jersi ketiga Kedah dimuat naik di media sosial, ramai penyokong pasukan itu memuji jersi berkenaan. Ini kerana jersi tersebut kelihatan menarik untuk dipakai mereka terutama pada hari perlawanan.

Ad

Salah seorang penyokong yang memuji rekaan jersi ketiga Sang Kenari ialah Inza Omar. Dia menyifatkan jersi tersebut cantik dengan logo burung kenari dilihat bersesuaian dengan warna dan corak yang digunakan.

“Sangat lawa. Kena beli!!! Lambang (guna logo burung) kenari. Lain dari sebelum ini. Mantap padu,” katanya di ruang komen Facebook Kedah.

Seorang lagi penyokong bernama Azre Azmi turut bersetuju dengan pandangan Inza. Dia menyifatkan setiap kali Kedah mengeluarkan jersi ketiga menarik, pemilihan rekaan bagi setiap jersi sentiasa membuatkan penyokong teruja.

“Kit jersi ketiga Kedah dari dulu sampailah sekarang tak pernah mngecewakan,” ujarnya.

Penyokong Sang Kenari boleh mendapatkan jersi ketiga pasukan itu pada harga promosi RM129. Jersi tersebut dijual di Football Republic Alor Setar dan di Al-Ikhsan di seluruh cawangan Kedah.

Kedah bakal berentap dengan The City Boys untuk aksi pertama pada 22 November. Ini disusuli aksi kedua di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 30 November ini.

Aksi ini dilihat peluang terbaik buat Kedah membalas dendam terhadap pasukan Lembah Klang itu. Ini selepas KL City membelasah Sang Kenari 5-0 pada 14 September lalu.