Keisuke Honda: Pemain Naturalisasi Boleh Bantu Pasukan Kemboja
Dunia
FFC
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Kemboja, Keisuke Honda akui kehadiran pemain naturalisasi mampu bantu pasukan untuk menjadi lebih baik.

Beliau berpendapat Kemboja perlu meniru negara ASEAN yang lain yang mengambil pemain naturalisasi bagi memperkuatkan pasukan dalam setiap kejohananan.

Bekas pemain kebangsaan Jepun itu tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan kaedah yang sama demi mempertingkatkan kualiti pasukan kebanggsaan Kemboja.

Advertisements

“Saya rasa (pemain naturalisasi) akan menjadi pilihan yang baik untuk pasukan kebangsaan Kemboja. Apabila kita lihat di luar Kemboja, banyak pasukan telah melakukannya.

“Saya fikir kita juga harus mempertimbangkan untuk melakukan perkara yang sama untuk pasukan kebangsaan kita. Sudah tentu pemain akan membantu pasukan kebangsaan pastinya,” kata Honda dipetik daripada MainStand.

Advertisements

Baru-baru ini, Honda telah memanggil seorang pemain muda Orlando City B untuk membuat penampilan pertamanya bersama pasukan kebanggsaan Kemboja semasa menentang Bangladesh tempoh hari.

Pemain tersebut bernama Nick Taylor, seorang penyerang berusia 24 tahun dilahirkan di Texas, Amerika Syarikat yang ibunya mempunyai darah Kemboja

Advertisements

Beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh pemain tersebut dan akui ia masih memerlukan masa untuk mengadaptasi dengan corak permainan Kemboja.

“Nick adalah salah seorang pemain terbaik yang pasti. Dia telah berlatih dengan tahap yang baik (pemain) di AS untuk masa yang lama.

Advertisements

“Tetapi ini adalah kem pasukan kebangsaan pertamanya. Jadi mungkin dia tidak berpuas hati. Dia mempunyai peluang untuk menjaringkan gol tetapi saya fikir dia memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan pasukan kebangsaan.

“Dia adalah watak yang baik dan saya boleh berkomunikasi dengannya dengan mudah, dia seorang penutur asli. Saya optimis tentang dia dan masa depannya,” katanya lagi.

Dalam saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2020, Kemboja berada di Kumpulan A bersama juara bertahan Thailand, Indonesia, Filipina dan Timor Leste yang akan berlangsung pada bulan Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram