Persekutuan Bola Sepak Kemboja hari ini mengumumkan bahawa jurulatih Kemboja, Keisuke Honda akan meninggalkan pasukan utama (senior) Kemboja.
Difahamkan beliau akan mengalas tugas sebagai Pengurus Besar skuad bawah 22 tahun Kemboja bagi misi terakhirnya untuk kejohanan Sukan Sea yang akan berlangsung di Kemboja pada tahun ini.
Dibawah kendalian Honda dalam saingan Piala AFF Mitshibushi Electric 2022 ini, pasukan Kemboja berjaya mengumpul enam mata sekaligus mencipta sejarah skuad mereka yang tidak pernah mengumpul mata sebanyak itu.
Corak permainan serta falsafah yang dibawah beliau semakin lama semakin jelas hasilnya. Kemboja dalam saingan kali ini menunjukkan prestasi yang luar biasa.
Tahun ini adalah tahun terakhir buat Honda mengendali pasukan Kemboja selepas secara rasmi diumumkan sebagai ketua jurulatih pasukan Kemboja pada tahun 2018 sehingga tahun 2023.