Kejutan Demi Kejutan Buat Harimau Malaya
MakanBola
Malaysia NT

Kejutan demi kejutan buat Harimau Malaya menjelang pertemuan menentang Vietnam.

Skuad kendalian Peter Cklamovski mendapat tonik tambahan selepas menerima 5 pemain warisan baharu baru-baru ini.

Harimau Malaya yang sudah menerima sentuhan Hector Hevel dan Gabriel Palmero pada bulan Mac lalu ketika menewaskan pasukan ke-175 dunia, Nepal pada aksi pertama Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.

Sesi latihan rasmi pasukan kebangsaan di Stadium Nasional, Bukit Jalil diserikan dengan kehadiran DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang hadir memberikan sokongan moral buat pasukan.

Baginda juga dikesan sempat berbual dengan barisan pemain dan juga barisan kejurulatihan Harimau Malaya menjelang pertemuan penting menentang The Golden Tigers.

Vietnam dalam misi untuk mengekalkan kemenangan bersih selain rekod kebal dalam 10 perlawanan terakhir tanpa tewas menjadi cabaran utama buat Harimau Malaya.

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) juga telah mengesahkan bahawa 5 pemain warisan baharu Malaysia boleh beraksi menentang Vietnam.

Aksi antara Malaysia menentang Vietnam dijadualkan berlangsung pada Selasa, 10 Jun 2025 jam 9.00 malam di Stadium Nasional, Bukit Jalil.