Advertisement

Follow us:

Kelantan United & Hitfat Jalin Kerjasama Strategik

Kelantan United FC Kelantan United & Hitfat Jalin Kerjasama Strategik
Kelantan United
Azim Noor
@mohdazim45
7:57pm 26/01/2023
Pivo

Kelantan United terus mengatur persiapan menjelang musim baru Liga Super pada akhir Februari ini. Beberapa hari lepas, mereka memeterai kerjasama strategik dengan Gimnasium Hitfat.

Pengumuman kerjasama ini dibuat di laman media sosial Kelantan United baru-baru ini.

Menerusi kerjasama ini, Hitfat bakal menyediakan kelengkapan dan kemudahan gimnasium kepada skuad Kijang Hijau.

Kelengkapan dan kemudahan yang disediakan Hitfat bukan saja boleh dimanfaatkan skuad senior Kelantan United yang beraksi di Liga Super. Malah, skuad bawah 23 dan bawah 20 tahun Kelantan United juga dapat menggunakan kelengkapan dan kemudahan yang disediakan.

Ini sudah pasti satu berita baik buat anak-anak buah Tomas Trucha menjelang saingan liga yang bakal bermula pada akhir Februari ini.