Advertisements
Kelantan United Rekrut Pemain Kebangsaan Brazil & Kyrgyzstan
Dunia
MakanBola
Kelantan United

Skuad Kelantan United terus diperkuatkan menjelang saingan Liga Super pada akhir Februari ini. Terbaru, pengurusan Kijang Hijau merekrut dua pemain import dari Brazil dan Kyrgyzstan, Yan Victor dan Ernist Batyrkanov.

Perpindahan dua pemain import ini diumumkan kelab menerusi laman media sosial rasmi mereka hari ini.

Yan Victor, 27, beraksi sebagai bek tengah dan diharap dapat memperkukuh barisan pertahanan Kelantan United. Bek tengah Brazil itu pernah beraksi bersama Chungbuk Cheongju, Gil Vicente dan Botafogo-SP.

Manakala Batyrkanov, 25, pula merupakan pemain kebangsaan Kyrgyzstan dan berpengalaman beraksi di liga Armenia, Kazakhstan dan Kyrgyzstan.

Mampu beraksi sebagai penyerang dan pemain sayap, dia pernah menjulang Liga Premier Kyrgyzstan dan Piala Kyrgyzstan bersama Abdysh-Ata Kant pada musim 2021.

Kelibat dua pemain import ini pastinya diharap Tomas Trucha agar cepat serasi dengan barisan pemain tempatan menjelang saingan Liga Super pada akhir Februari ini.