Dunia
Advertisements

Derbi pantai timur antara Kelantan dan Terengganu pada tahun 2010-2011 telah mencipta aura derbi yang tersendiri. Walaupun istilah ‘pantai timur’ melibatkan 3 negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang, perjumpaan antara skuad Kijang dan skuad Penyu lebih menjadi tumpuan pada ketika itu.

Ketika awal 2010, Kelantan merupakan pasukan yang sedang meningkat naik manakala Terengganu sentiasa memberi tentangan dalam saingan Liga Super. Pahang ketika itu masih konsisten di Liga Super namun mereka kerap menduduki tangga 4 kebawah sehingga tahun 2011.

imgonline com ua twotoone iUhGsBECwq Kelantan vs Terengganu: Derbi Pantai Timur Yang Riuh Waktu Dulu

Apa yang menyebabkan derbi pantai timur ini meriah adalah kerana aura penyokong Kelantan dan Terengganu. Kelantan waktu itu sinonim dengan kebanjiran penyokong di stadium mereka sehingga digelar Gelombang Merah.

Advertisements

Hal ini kerana perlawanan hanya boleh disaksikan di stadium ataupun di televisyen mengikut jadual penyiaran yang ditetapkan. Live streaming pada waktu itu masih lagi belum digunakan jika dibandingkan dengan tahun kini.

Kedudukan negeri Kelantan dan Terengganu yang berada bersebelahan juga menjadi faktor yang menghangatkan lagi suasana derbi.

Simbolik haiwan kedua-dua pasukan juga menarik perhatian pengulas dan penulis berita apabila mereka menggunakan tema ‘kijang’ dan ‘penyu’ bagi tajuk utama untuk membakar lagi semangat derbi dan meraih perhatian ramai.

Advertisements

Para pemain ketika itu juga menampilkan perseteruan yang kuat. Kelantan mempunyai penjaga gol muda meningkat naik Khairul Fahmi Che Mat manakala Sharbinee Allawee terkenal dengan ketangkasannya menjaga gawang gol Terengganu.

Di bahagian tengah, Terengganu diketuai oleh Ashaari Shamsudin manakala Badhri Radzi pula mengetuai pasukan Kelantan.

Bahagian serangan kedua-dua pasukan juga amat berbahaya. Terengganu ketika itu mempunyai Abdul hadi Yahya dan Abdul Manaf Mamat sebagai duo serangan. Untuk Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha menjadi tonggak utama serangan yang menjadi bualan ramai.

Advertisements

Walau bagaimanapun, pemenang kasut emas tahun 2010 dan 2011 adalah milik Abdul Manaf dan Abdul Hadi dengan jaringan 18 gol dan 20 gol. Namun Kelantan awal tahun 2010 berjaya memenangi lebih banyak kejuaraan berbanding Terengganu.

Kredibiliti jurulatih turut memainkan peranan kerana B.Sathianathan dan Irfan Bakti mempunyai gaya dan personaliti yang tersendiri.

Walaupun kini kedua-dua pasukan ini terpisah dalam saingan liga, momen derbi pada 2010-2011 amat menghiburkan dan mempunyai kehangatan yang tersendiri dalam kalangan penyokong Kelantan dan Terengganu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram