Kelayakan Piala Asia 2023: Palestin Mudah Tundukkan Filipina, Peluang Buat Malaysia Mara Ke Piala Asia
Dunia
Football Palestine
Advertisements

Palestin mudah menundukkan Filipina 4-0 di Stadium Pusat Bola Sepak MFF, Mongolia sekaligus menghidupkan kembali harapan Malaysia untuk mara ke Piala Asia secara merit buat kali pertama sejak 42 tahun.

Dua jaringan Palestin oleh Saleh Chihadeh dan Tamer Seyam pada separuh masa pertama dan 2 jaringan daripada Mohammed Yameen dan Mahmoud Abu Warda pada separuh masa ke-2 memastikan 3 mata penuh milik Palestin yang turut layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Malaysia bakal melayani kunjungan Bangladesh malam ini (14 Jun 2022) jam 9:00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil dan perlu mencatatkan keputusan samada seri atau menang tanpa perlu memikirkan jumlah jaringan besar untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Advertisements

Kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia adalah pada tahun 1980 di Kuwait di mana Malaysia tampil cemerlang di peringkat kumpulan selepas berjaya mengikat Korea dan Qatar 1-1 dan menewaskan Emeriah Arab Bersatu (UAE) 2-0 selain tewas kepada tuan rumah, Kuwait 3-1.

Pada edisi Piala Asia 1980, Malaysia menamatkan saingan kumpulan B ditempat ke-3 dengan 5 mata dan berjaya menjaringkan 5 gol dalam 5 perlawanan.

Dalam perlawanan yang lainnya, Turkmenistan bakal bertemu Bahrain pada 5.15 petang ini bagi melengkapkan perlawanan saingan kumpulan E di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram