Ads
Kelayakan Piala Asia B-20: Oman Garang Belasah Sri Lanka
Asia
Oman FA

Skuad Oman Bawah 20 Tahun (B-20) akhirnya meraih kemenangan pertama dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-20 2025 dengan membelasah Sri Lanka 5-0.

Advertisements

Oman mahu bangkit selepas tewas kepada skuad Malaysia B-20 pada 21 September lalu. Manakala Sri Lanka pula memburu kemenangan pertama selepas tewas kepada Korea Utara dan Tajikistan.

Advertisements

Sebaik perlawanan dimulakan, Oman yang dibimbing Ahmad Al-Alawi mula mengasak kubu Sri Lanka untuk mendapatkan gol pendahuluan.

Advertisements
Advertisements

Oman perlu menunggu sehingga minit ke-12 untuk mendahului menerusi Oday Al-Manouri. Enam minit selepas itu, Muhand Al-Saadi menggandakan kelebihan pasukan Asia Barat itu.

Yousuf Ali Al-Shabibi memastikan gawang Sri Lanka yang dikawal Mohammed Fulail Ahmed Shareef bocor lagi buat kali ketiga pada minit ke-34.

Advertisements

Yousuf memastikan Oman mendahului 4-0 sehingga rehat menerusi gol keduanya pada minit ke-38.

Bersambung selepas rehat, Oman dilihat mencari kelebihan jaringan yang besar untuk memintas tuan rumah, Tajikistan.

Gawang Sri Lanka bocor lagi buat kali kelima apabila Faisal Al-Hadidi mencipta nama sebagai penjaring pada minit ke-56.

Tugas Sri Lanka makin sukar apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain. Ini selepas pengadil melayangkan kad merah kepada pemain pasukan itu.

Keadaan ini memaksa Sri Lanka terpaksa bertahan bagi memastikan gawang Fulail tidak dibolosi lagi. Usaha keras barisan pertahanan pasukan Asia Selatan itu memastikan keputusan 5-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Oman memintas Tajikistan di tangga ketiga Kumpulan E menerusi kelebihan jaringan meskipun berkongsi tiga mata. Kedudukan ini dijangka berubah apabila Tajikistan berdepan Korea Utara dalam satu lagi aksi kumpulan.

Advertisements

Selepas ini, Oman bakal berdepan Korea Utara pada 27 September. Manakala Sri Lanka pula berehat kerana tiada perlawanan pada hari tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram